Mereka yang mahu menggunakan perkhidmatan e-hailing dengan teksi atau kenderaan PICKnGO kini tidak perlu risau dengan soal keselamatan dan kesihatan. Ini kerana kenderaan-kenderaan PICKnGO akan dinyahkuman dengan kerjasama MUDAcare.
Kedua-dua pihak ini bekerjasama memberikan pakej nyahkuman bukan sahaja untuk mematuhi SOP pelaksanaan PKPP, tetapi juga memastikan kenderaan dinyahkuman dan dalam masa yang sama tetap dengan harga tambang mampu milik.
Bahan nyahkuman digunakan ialah cecair nanoscale berasaskan titanium dioksida (N-TiO2) yang dirumus untuk membunuh virus dan bakteria. Cecair ini disembur oleh staf terlatih MUDAcare pada teksi-teksi terpilih.
Kenderaan yang telah disembur dengan cecair nyahkuman ini akan mendapat pelekat khas. Jadi pastikan anda cari dan lihat pelekat ini yang ditampal pada kenderaan PICKnGO.
Selain bersifat membunuh kuman, cecair N-TiO2 juga tidak bertoksik dan diluluskan oleh United States Food and Drug Administration (FDA) dan CE (badan khas untuk kesihatan, keselamatan dan perlindungan alam sekitar).
Perlindungan ini juga akan bertahan sehingga 6 bulan. Tambahan lagi, PICKnGO akan mensubsidi sebahagian dari kos nyahkuman itu untuk menggalakkan pemandu mendapatkan pakej itu.
Setakat ini dalam kumpulan pertama, 100 teksi telah dirawat dengan N-TiO2, dan lebih banyak lagi akan mendapat pakej itu dalam masa akan datang.
Orang awam juga boleh menyahkuman kenderaan mereka di pusat PICKnGO di Shah Alam. Hubungi 016-3361636 untuk membuat temujanji.