Now You Can Book Your Ride Online. Book Now!
icon-search
icon-search

Faedah Menggunakan E-wallet Dengan PICKnGO

Faedah Menggunakan E-wallet Dengan PICKnGO

Faedah Menggunakan E-wallet Dengan PICKnGO


10 tahun yang lalu, kita mungkin tidak akan terfikir untuk membuat pembayaran
menggunakan telefon bimbit. Tapi sejak kebelakangan ini, kita dapat melihat semakin ramai
yang mula menyesuaikan diri dengan kaedah pembayaran yang baru ini, semuanya kerana

ekonomi digital, atau lebih dikenali sebagai e-wallet. Setakat ini, terdapat lebih 40 pemain e-
wallet di Malaysia dan diterima pakai di kebanyakan kedai, restoran, pusat membeli-belah,

malah servis e-hailing. Menyedari betapa pentingnya kemudahan e-wallet ini dalam
pembayaran digital, PICKnGO juga tidak ketinggalan untuk menyediakan kemudahan ini di
mana pelanggan PICKnGO boleh memilih untuk membayar melalui beberapa e-wallet yang
terdapat di system kami, di antara nya - WeChat Pay, AliPay, Touch ‘n Go dan Boost bila
anda menempah perjalanan anda dengan kami!


Apakah manfaat yang boleh anda perolehi daripada menggunakan e-wallet kami?


1. Kumpul mata dan ganjaran

Kebanyakan organisasi yang menyediakan perkhidmatan e-wallet memberikan
pelbagai jenis ganjaran kepada pelanggan mereka, antaranya – baucer, pulangan tunai
dan mata ganjaran. Mata ganjaran yang terkumpul kemudiannya boleh digunakan
untuk pelbagai tujuan. 

Oleh itu, lebih banyak anda menggunakan e-wallet dengan
kami = lebih banyak mata terkumpul = lebih banyak pembelian yang dapat anda
lakukan di masa akan datang menggunakan mata ganjaran terkumpul tersebut! Best
kan!

2. Transaksi lebih selamat

Kadangkala, membawa wang tunai yang banyak boleh menyusahkan. 

Bagaimana jika wang tersebut jatuh tanpa pengetahuan anda? 

Bagaimana jika wang anda hilang?

Anda tidak akan ada pilihan lain untuk mendapatkan wang tersebut semula. 

Namun jika anda menggunakan e-wallet bila anda menggunakan servis kami, anda bukan
sahaja dapat membuat pembayaran dalam beberapa saat hanya dengan menekan
beberapa butang, malah maklumat penting anda juga dikunci di sebalik kata kunci
(password) dan biometrik – jadi walaupun telefon bimbit anda hilang, anda masih
mempunyai akses ke e-wallet anda bila anda mendapatkan telefon bimbit yang baru!


3. Lebih bersih

Satu perkara penting pandemik ini telah mengajar kita semua ialah penjagaan
kebersihan itu sangat penting dan tidak boleh dipandang enteng. Penggunaan mata
wang kertas menaikkan kemungkinan kemungkinan penularan bakteria dan virus,
oleh itu, apabila anda menggunakan e-wallet dengan kami, anda membantu diri anda
dan masyarakat untuk mengurangkan risiko jangkitan.


4. Kredit percuma

Siapa di sini yang tidak sukakan diskaun? Untuk PICKnGO, kami memberi kredit
bonus RM5 untuk pelanggan kali pertama, dan boleh dikreditkan ke e-wallet yang
anda pilih! Terbaik kan!


Dengan semua faedah yang telah disenaraikan di atas, kami harap anda jelas dengan
kebaikan dan faedah yang boleh diperolehi melalui e-wallet PICKnGO. Jadi, ingat!
Bila anda menggunakan servis e-hailing seperti PICKnGO (atau apa-apa servis pun!),

jangan lupa untuk menggunakan e-wallet anda supaya anda tidak ketinggalan
daripada mendapatkan faedah yang sangat berbaloi! Pilih lah pembayaran tanpa tunai,
pilih e-wallet!



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping